Thursday 2 February 2012

special 4 u muslimah...;)

Assalamualaikum wbt....alhamdulillah ana berpeluang lagi nak berkongsi tazkirah untuk antum semua...urm, kat cini ana ade kumpul beberapa koleksi video mengenai an-nisa..syukran kepada pembuat video tue, semoga Allah sentiasa memberkatinya..amin...ana tahu bukan ramai yang suka membaca,,jadi ana ade kumpulkan beberapa video untuk antum semua...jom tengok n jangan lpe amalkan sekali...;)














Sekadar Perkongsian..:)

Assalamualaikum wbt....hari ini  ana ade satu nasihat yang nak dikongsi kepada antum semua..ana dapat ni dari sahabat ana,,,ni nasihat dia yang terakhir sebelum ke menara gading...;)..jom baca dan jangan lupe beramal..kalo ade ilmu tapi tak beramal ibarat pokok yang tidak berbuah....;D

Apabila berada di sekeliling RIJAL( lelaki) maka:

:D Lebarkan pakaian.

:D Tutup rambut hingga ke dada dengan kerudung.

:D Tegaskan  suara yang merdu  dan berbicara apabila perlu.

:D Jangan biarkan rijal menjadi curahan hati bagi kalian ( an-nisa)

:D Luahan Rijal :

*** Kekerasan hati kami bisa luluh dengan hanya senyuman kalian dan hati akan bergetar ketika mendengar
       kalian menangis maka jagalah amanah tersebut..Waallahu a'alam..:)

Wednesday 25 January 2012

PuteRi Ku SayaNg

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

WaNita DeHearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Tuesday 24 January 2012

MusliMaH

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNYA dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
  Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati